WARNA

Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya dan kehidupan seharian. Warna dapat membezakan antara sesuatu benda. Ia juga boleh didapati dimana sahaja. Contohnya keindahan alam sekitar yang mempunyai persekitaran yang warna warni serta menarik. Warna juga berkait langsung dengan perasaan atau mood seseorang. Ia dapat mempengaruhi suasana dan dapat menunjukkan ruang dan digunakan sebagai simbol. Penggunaan warna sangat penting dalam perekaan dan penghasilan karya. Warna juga merupakan alat komunikasi yang sangat berkesan. Selain itu warna juga mempunyai beberapa criteria penting iaitu jenis-jenis warna , nilai warna dan skema warna.
JENIS-JENIS WARNA
1. Warna Asas iaitu biru, merah dan kuning.
2. Warna Sekunder iaitu campuran warna asas tertentu menghasilkan warna hijau, ungu dan jingga / oren.
3. Warna Tertier iaitu campuran warna asas dan sekunder.
Roda Warna.

RUANG dan PERSPEKTIF.

DEFINISI RUANG


Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).

Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)
Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran.
Ruang Ilusi (Ruang Tampak)
Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.
KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI
Ruang Dalam
Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.
 
Ruang Cetek
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.
Ruang Rata
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.
HUBUNGAN RUANG DAN WARNA
Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya.
HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.
PERSPEKTIF
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-1. Perspektif 1 titik lenyap
2. Perspektif 2 titik lenyap
3. Perspektif 3 titik lenyap

BENTUK

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada  rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.

CIRI-CIRI BENTUK

 1. Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.

2. Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.

3. Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu permukaan.

4. Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang.

JENIS-JENIS BENTUK

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.

2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (bener-benar wujud di hadapan mata).

3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta, dan sebagainya.

B. Bentuk Ilusi

1. Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.

2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi).

3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

RUPA

Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada suatu titik dan berakhir pada suatu titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan.

Pertumuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa.

JENIS-JENIS RUPA

1. Rupa Geometri.

Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.

                

2. Rupa Organik.

Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempunyai rupa organik.

RUPA POSITIF DAN NEGATIF.

Rupa positif ialah rupa yang diletakkan di atas sesuatu permukaan. Rupa negatif pula ialah ruang di sekeliling objek tersebut. Kedua-dua rupa ini saling bergantung antara satu sama lain.

Rupa Positif.

                                                          

Rupa Negatif.

JALINAN

Jalinan ialah sifat atau kesan yang terdapat di atas sesuatu permukaan. Jalinan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) dan sentuhan.

Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :-

i. Jalinan Sentuh.

Jalinan sentuh yang dapat dikesan melalui deria sentuhan. Contohnya, permukaan tayar, kulit durian, kulit kayu, kulit nenas dan permukaan kulit kerang.

       

ii. Jalinan Tampak

Jalinan yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa dengan deria sentuh. Contohnya, kulit tembikai, kulit buku, batik dan sebagainya.

FUNGSI JALINAN

1. Jalinan sebagai penyataan. Contohnya, tenunan dan ukiran.

2. Jalinan sebagai hiasan. Contohnya, corak pada kain dan hiasan permukaan tembikar.

3. Jalinan sebagai manipulasi pelukis. Contohnya, lukisan, catan dan cetakan.

4. Jalinan untuk mencipta ruang. Contohnya, Lukisan atau catan yang menunjukkan ruang.

5. Jalinan sebagai perlindungan dan keselamatan. Contohnya, tayar kenderaan dan corak haiwan atau serangga sebagai penyamaran.

GARISAN

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Contoh garisan pada buatan manusia ialah garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.

Contoh garisan pada alam semulajadi contohnya garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

JENIS-JENIS GARISAN

Garisan halus

Garisan tebal

Garisan beralun

Garisan berpancar

Garisan berlingkar

Garisan berserabut

Garisan bersudut-sudut

Garisan bergerigi

Garisan berbiji

Garisan berbulu

Garisan putus-putus

Garisan berduri

 Jenis-jenis garisan.

FUNGSI GARISAN

Garisan menimbulkan rupa, menimbulkan bentuk, menimbulkan ilusi cahaya dan bayang, mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, menghasilkan motif pada reka corak, mewujudkan ton dan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.