RUANG dan PERSPEKTIF.

DEFINISI RUANG


Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).

Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)
Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran.
Ruang Ilusi (Ruang Tampak)
Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.
KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI
Ruang Dalam
Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.
 
Ruang Cetek
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.
Ruang Rata
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.
HUBUNGAN RUANG DAN WARNA
Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya.
HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.
PERSPEKTIF
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-1. Perspektif 1 titik lenyap
2. Perspektif 2 titik lenyap
3. Perspektif 3 titik lenyap
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: